Pengenalan

Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan dibawah nombor pendaftaran 0993-08-SEL. Fatani adalah nama yang diadaptasikan dari perkataan 'FATANAH' iaitu sifat Rasul/Nabi yang membawa erti cerdik,cergas dan bijaksana. Guru Utama PSKFM ialah Pak Guru Tuan Haji Mohd Salleh Bin Dato Haji Mohd Said.

Objektif PSKFM ialah menyediakan perkhidmatan kesenian warisan budaya melayu disamping mempelajari segala seni warisan budaya melayu agar seni warisan ini tidak hilang ditelan zaman.